Sunday, 1 September 2013

Info : Diploma Seni Bina (Architecture)

Diploma Seni Bina (Architecture)

Melanjutkan Pelajaran dalam Diploma Senibina 
(Architecture)

APA ITU SENIBINA?
Seni bina umumnya ditafsirkan sebagai - merekabentuk, menyendiri dan membina - sebagai respons terhadap satu kumpulan keadaan yang wujud. Keadaan ini mungkin secara semulajadi telah berfungsi atau ia mungkin juga dibayangkan dalam tahap yang berbeza-beza dari segi ekonomi, sosial dan politik. Walau bagaimanapun, keadaan yang wujud ini dirujuk sebagai masalah yang kurang memuaskan dan menyebabkan masalah atau keadaan yang wujud ini dirujuk sebagai satu masalah yang kurang memuaskan dan menyebabkan masalah atau keadaan yang baru, satu penyelesaian diperlukan. Maka sebagai tindak balas terciptanya seni bina dan kemudiannya menyelesaikan masalah atau proses rekaan. Penuntut-penuntut akan belajar melukis dan membuatlakaran bebas, kemahiran asas Lukisan Teknikal (drafting), grafik dan teknik-teknik lukisan yang berkaitan dengan profesion seni bina, namun penekanan utama dalam program ini diberikan kepada teknik lukisan digital dengan bantuan komputer dan kemahiran persembahan dengan menggunakan teknologi perisian terkini dan canggih.

Diploma Senibina menyediakan pelajar-pelajar dengan cabaran kerjaya dalam bidang ini, dimana pelajar-pelajar akan menerima pengetahuan sokongan yang luas dalam proses dan kaedah pembinaan bangunan, bahan-bahan pembinaan, analisis struktur dan reka bentuk, serta teknologi pembinaan. Pendekatan projek-projek integrasi sebenar juga digunakan untuk memudahkan pelajar-pelajar memprakrikkan kaedah rekaan dalam senibina. Dalam proses rekaan, pemikiran kreativiti dan inovasi. Melalui amalan ini, pelajar-pelajar turut belajar menjadi arkitek yang lebih berdikari serta menjadi ketua pasukan dalam kerjaya seni bina yang sebenar. 

SIAPA YANG SESUAI UNTUK BIDANG INI?
Pelajar yang mempunyai deria seni yang kuat serta persfektif artistik dengan bakat reka bentuk seni bina yang baik. Pendedahan kepada asas yang kukuh dalam pengetahuan reka bentuk dan teori-teori seni bina.

Pelajar-pelajar akan belajar untuk memindahkan idea dalam bentuk lakaran bebas, kemahiran lukisan teknikal asas, persembahan grafik dan dengan bantuan komputer serta teknologi pembinaan bagi menyediakan mereka dalam industri pembinaan dan perkhidmatan profesional.

DIANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Architecture Design & Theory
Kursus ini merangkumi definisi dan skop seni bina dan perbendaharaan kata dalam seni bina, termasuk teori prinsip-prinsip dan unsur-unsur seni bina dan reka bentuk. Dengan menggunakan contoh-contoh tertentu daripada seni bina kontemporari dan bersejarah, hubungan antara bentuk dan fungsi, teknologi, seni, masyarakat dan elemen-elemen lain yang mampu mempengaruhi reka bentuk hari ini. Di samping itu, kursus ini juga mengkaji kes tokoh penting dalam seni bina kontemporari bagi mendorong dan meransang idea pelajar.

Communication Skills
Kursus ini adalah salah satu daripada pengetahuan kemahiran komunikasi untuk para pelajar. Ia merupakan kursus komunikasi grafik dalam lukisan arkitek serta persembahan lukisan secara sistematik melalui pendedahan kepada teknik-teknik komunikasi grafik asas dan kaedah lanjutan dalam 2 Dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D). Ini akan membantu pelajar-pelajar untuk menyampaikan idea-idea reka bentuk mereka melalui persembahan lukisan arkitek. 

Computer Applications
Kursus ini diperkenalkan bagi melatih pelajar-pelajar dalam reka bentuk dan kemahiran teknikal menggunakan media digital atau perisian komputer untuk mempersembahkan lukisan kerja dalam 2 Dimensi dan 3 Dimensi seperti pelan-pelan, keratan-keratan, sudut pandangan dan lukisan-lukisan perincian. Persembahan idea menggunakan media digital bertujuan bagi membantu komunikasi lukisan penyampaian para pelajar untuk menyampaikan produk seni bina dalam bentuk 2D dan 3D yang berkualiti tinggi. 

Building Science & Technology
Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada sains dan teknologi bangunan yang mencakupi cara pembinaan bangunan, pengunaan bahan-bahan, serta servis dan operasi bangunan yang mana ia juga menyerlahkan reka bentuk yang seimbang yang mengambil kira pemilihan peralatan dan peruntukan ruang untuk servis dan operasi bangunan. 

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Design & Profesional Consultation (Architecture, Urban Planning & Interior Design Firm)
- Construction Companies
- Building Material Design & Manufacturing Companies
- Building Material Marketing & Supply Companies
- Real Estate & Building Development Companies
- Government Agencies & Government Linked Companies 

Peluang pekerjaan sebagai :-
- Assistant Architect
- Interior Designer
- Technical Assistant
- Draftsmen
- Architectural Designer
- 3D Illustrator
- Urban Planner
- Assistant Planner
- Project Assistant
- Project Coordinator
- Site Supervisor
- Clerk of Works
- Product Designer
- Product Marketing Executive
- Project Executive
- Procurement Officer